Friday, October 15, 2010

Prospek Kerjaya

Penulis Khat/ Pelukis/ Pereka Grafik/ Usahawan Seni/ Guru Seni Khat/ Pembaca Pruf Teks Al-Qur'an/ Penolong Kurator Muzium.

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kepujian atau yang diiktiraf setara dengannya termasuk kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni. Calon yang tiada kelulusan Pendidikan Seni perlu menjalani temuduga/ujian yang dikendalikan oleh Kolej Restu.

Komponen Mata Pelajaran

- Seni Khat - Nasakh, Thuluth, Reqa'ah, Kufi, Diwani & Nasta'liq
- Iluminasi Al-Qur'an
- Seni Mushaf & Penyalinan Al-Qur'an
- Seni Halus dan Reka Bentuk Grafik
- Teori & Sejarah Seni
- Kemanusiaan - Pengajian Islam, pengajian Malaysia, keusahawanan, bahasa inggeris & Arab, Tulisan Jawi dan lain-lain.

Diploma Seni Mushaf

Program ini dibangunkan untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang seni Islam khususnya Seni Khat & Iluminasi Al-Qur'an. Program ini merupakan integrasi di antara pengetahuan Seni Islam secara tradisi dan seni rupa kontemporari. Kurikulumnya turut menggabungkan aplikasi pengetahuan reka bentuk grafik dan penghasilan produk Seni Islam.

Menggabungkan kepakaran
SENI KHAT dan ILUMINASI

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar Kolej Restu terdiri daripada para Pensyarah berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang seni mushaf, seni khat dan iluminasi.

Kemudahan & Infrastruktur

Kolej Restu beroperasi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di pusat Bandar Shah Alam serta dilengkapi dengan kemudahan bilik kuliah, studio, auditorium, perpustakaan, makmal komputer, galeri seni, surau, kafeteria dan asrama.

Lokasi premis Kolej Restu terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam (Bus Rapid, Seranas), Masjid Negeri Shah Alam, Perpustakaan awam Raja Tun Uda Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Seni, Taman Rekreasi, Pasaraya, bank dan lain-lain.

Thursday, October 14, 2010

Kolej Restu

Kolej Restu adalah sebuah IPTS yang berdaftar dengan kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Restu merupakan sebuah institusi pendidikan yang berteraskan kesenian Islam dan Seni tampak Melayu.

Idea penubuhan Kolej Restu tercetus setelah terlaksananya Projek Al-Qur'an Mushaf Malaysia yang dikendalikan oleh Yayasan Restu. Melalui projek tersebut, pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seni Islam khususnya Seni Khat & Iluminasi Al-Qur'an telah berjaya diperkembangkan.